17 sept 2009 .. jam menunjukkan sudah pukul 2.45 ptg . sementara menunggu si lopong sampai sempat juga la kemas bilik . haa besepah dah rupa sarang tikus . haha maklum la jrg ada kat rumah . selalunya duduk di hostel . menjelang hari raya ni . kebiasaaan nya rumah harus la di kemas sbb waktu tu la ramai saudara mara , sahabat andai akn sibuk berkunjung. tp tu la raya tahun ni alar kadar ja . masing masing siduk dengan kerja . komitment harus la 100% , kalau tidak cam mane nk berjaya? tp tak de la sampai lupa kt keluarga. walau ape pun keluarga itu harus diutamakan
kini jam sudah pukul 3.15 ptg . akhirnya si lopong pn sampai juga. kite org baru ja dapat assignment journalism sebelum cuti raya . maksud nye kiteorg kene siapkan assignment sebelum menjelang hari raya . kalau tangguh , silap silap raya pon kene buat assignment . huh jgn buat giletak beraya kiteorg nnt .
awal awak lagi lopong dah plan nk pergi NSTP bangsar . katenye ada satu event yg memaparkan foto peperangan yg berlaku di gaza serta kutipan derma untuk mangsa mangsa perang.kirenya lopong nk buat ulasan tentang sambutan masyarakat mengenai event ni la. tak ckp byk . jam menunjukkan sudah pukul 3.10 ptg . start moto terus gerak ke destinasi.waktu tu hujan , habis basah kiteorg tambahan pula jalan dr klng lama ke bangsar teramat sesaktp itu tak mematahkan semanggat kiteorg untuk melaksanakan tugas yg diberibila sampai ja di destinasi. menjadi tanda tanya kt kiteorg . kenapa ni ? kosong ja . ke kita salah tempat? kebetulan ada seorg kakak yg berhampiran di situ . so tebalkan muka la dok pi tanyer . tanyer la mcm mcm . rupanya kat sini cuma memaparkan foto foto gaza untuk dilihat shj.tiada perasmian atau pun penutup . serta sambutan event ini tak la seperti kiteorg bayangkanla salah information ke ? ingatkan ade perasmian ke penutup ke. boleh la juga kiteorg buat skit ulasan untuk assignment kiteorg . tp tak pe la. sekurang kurangnya dapat juga kiteorg tgk foto foto yg dipaparkan kat situ . huh itu juga boleh diketegorikan sebagai research kiteorg . tambahan pula masih ada satu lg back up event.
lepas ja abis melihat semua gambar peperanggan gaza di NSTP . kiteorg terus pula pi ke Unitar di kelana jaya. memula kiteorg difahamkan oleh seorg rakan, juga merupakan seorg pelajar di Unitar tersebut bahawa ada satu Even tribute untuk allahyarham YASMIN AHMAD. so kiteorg nk buat ulasan tentang EVENT tu.kalau td tak dpt buat ulasan di NSTP.sbb kiteorg dapat information salah.so harapkan kt sini tak la jd mcm kt NSTP.sampai sampai ja . keadaan kat situ suram ja . macam tak de ape ape . pergh waktu tu muka masing masing ketat je . jgn la jd bende yg sama . mati la kiteorg cam ni. haa rungsing sekejap . pusing punya pusing kt area Unitar akhirnya kiteorg pon tanyer la kat security yg menjaga banggunan tue . kiteorg diberi tahu bahawasanya event tu dah lepas.last event tu 16hb maksud nye semalam . pergh dah kali kedua dapat information salah.terlepas satu assignment. waktu tu rasa betol betol mencabar kesabaran . nak nak di bulan ramadhan ni.huh nk buat cam ne bende dah lepas . redha ja la . terpaksa la cari event lain untuk cover assignment. mmg gile . kerja ni bukan mudah. perlukan byk kesabaran dan kepekaan mengenai masa.