Friday, September 18, 2009

Masih lagi assignment















huh . hari makin lama makin senja . waktu berbuka pon dah tak lame lg . tp rase nye masih sempat kot nk buat lagi satu assignment lg . psl assignment yg tak menjadi tue biar kn dulu . lupakan sekejap .

assignmnet seterusnya kiteorg diberi tugas untuk mengambil gambar mengenai suasana menjelang hari raya . jd kebiasaannya mmg masyarakat kt kuala lumpur ini akan mengabiskan masa mencari barang yg diperlukan di jalan tengku abdul rahman ni . huh mmg meriah , org ramai terpaksa berhimpit himpit. tak kira kaum mahu pun agama . india cina melayu semua ada waktu tu . mmg terasa kesibukan menjelang hari raya ni . gambar ini diambil pada tarikh 17 sept 2009 . tinggal lagi berapa hari lg nk raya . bayangkan la kalau mlm raya di jln tenku abdul rahman ni . lg ramai sampai nk berjalan pon susah. huh RAYA RAYA di KUALA LUMPUR

foto journalism di bulan ramadhan

17 sept 2009 .. jam menunjukkan sudah pukul 2.45 ptg . sementara menunggu si lopong sampai sempat juga la kemas bilik . haa besepah dah rupa sarang tikus . haha maklum la jrg ada kat rumah . selalunya duduk di hostel . menjelang hari raya ni . kebiasaaan nya rumah harus la di kemas sbb waktu tu la ramai saudara mara , sahabat andai akn sibuk berkunjung. tp tu la raya tahun ni alar kadar ja . masing masing siduk dengan kerja . komitment harus la 100% , kalau tidak cam mane nk berjaya? tp tak de la sampai lupa kt keluarga. walau ape pun keluarga itu harus diutamakan

kini jam sudah pukul 3.15 ptg . akhirnya si lopong pn sampai juga. kite org baru ja dapat assignment journalism sebelum cuti raya . maksud nye kiteorg kene siapkan assignment sebelum menjelang hari raya . kalau tangguh , silap silap raya pon kene buat assignment . huh jgn buat giletak beraya kiteorg nnt .
awal awak lagi lopong dah plan nk pergi NSTP bangsar . katenye ada satu event yg memaparkan foto peperangan yg berlaku di gaza serta kutipan derma untuk mangsa mangsa perang.kirenya lopong nk buat ulasan tentang sambutan masyarakat mengenai event ni la. tak ckp byk . jam menunjukkan sudah pukul 3.10 ptg . start moto terus gerak ke destinasi.waktu tu hujan , habis basah kiteorg tambahan pula jalan dr klng lama ke bangsar teramat sesaktp itu tak mematahkan semanggat kiteorg untuk melaksanakan tugas yg diberibila sampai ja di destinasi. menjadi tanda tanya kt kiteorg . kenapa ni ? kosong ja . ke kita salah tempat? kebetulan ada seorg kakak yg berhampiran di situ . so tebalkan muka la dok pi tanyer . tanyer la mcm mcm . rupanya kat sini cuma memaparkan foto foto gaza untuk dilihat shj.tiada perasmian atau pun penutup . serta sambutan event ini tak la seperti kiteorg bayangkanla salah information ke ? ingatkan ade perasmian ke penutup ke. boleh la juga kiteorg buat skit ulasan untuk assignment kiteorg . tp tak pe la. sekurang kurangnya dapat juga kiteorg tgk foto foto yg dipaparkan kat situ . huh itu juga boleh diketegorikan sebagai research kiteorg . tambahan pula masih ada satu lg back up event.

lepas ja abis melihat semua gambar peperanggan gaza di NSTP . kiteorg terus pula pi ke Unitar di kelana jaya. memula kiteorg difahamkan oleh seorg rakan, juga merupakan seorg pelajar di Unitar tersebut bahawa ada satu Even tribute untuk allahyarham YASMIN AHMAD. so kiteorg nk buat ulasan tentang EVENT tu.kalau td tak dpt buat ulasan di NSTP.sbb kiteorg dapat information salah.so harapkan kt sini tak la jd mcm kt NSTP.sampai sampai ja . keadaan kat situ suram ja . macam tak de ape ape . pergh waktu tu muka masing masing ketat je . jgn la jd bende yg sama . mati la kiteorg cam ni. haa rungsing sekejap . pusing punya pusing kt area Unitar akhirnya kiteorg pon tanyer la kat security yg menjaga banggunan tue . kiteorg diberi tahu bahawasanya event tu dah lepas.last event tu 16hb maksud nye semalam . pergh dah kali kedua dapat information salah.terlepas satu assignment. waktu tu rasa betol betol mencabar kesabaran . nak nak di bulan ramadhan ni.huh nk buat cam ne bende dah lepas . redha ja la . terpaksa la cari event lain untuk cover assignment. mmg gile . kerja ni bukan mudah. perlukan byk kesabaran dan kepekaan mengenai masa.

Tuesday, September 15, 2009

ramadhan bersama













baru baru ni ikbn ada buat majlis khatam al quran . jadi kiteorg semua berkumpul di surau nur salam. alah surau kt dalam ikbn gak. abis bergaya la . baju melayu berserta sampin.dah cam hari raya la . hehe mesti la nk pergi rumah Allah ape salah bergaya , wangi wangi . keadaan dalam surau mmg sesak , semua pelajar berkumpul bagi menjayakan majlis khatam al quran ini . ramai juga pelajar yang berpontensi untuk mengaji dengan baik . orang orang mcm ni mmg perlu kot . leh jadi teladan yang baik pada generasi muda . bagus

habis je majlis khatam al quran . kiteorg semua dijemput untuk berbuka puasa di surau. sementara menunggu waktu berbuka sempat juga la kiteorg mengambil gambar bersama sama . semua ni budak budak satu kelas . dah lebih kurang cam adik beradik kot . bile dilihat balik waktu ni semua muka udah berabis basi , fikir nak makan ja . haha tp tu lah ramadhan kali ini agak bermakna juga la. walaupun tidak bersama keluarga tersayang. mereka juga udah serupa macam keluarga sendiri . he he itu ja la yg nak diulaskan kot . harap raya tahun ni lebih bermakna dr yang sebelum ni . hehe selamat berpuasa dan selamat menyambut hari raya aidil fitri


our portrait













ari neh pagi pagi dah hujan . mata pn layu ja huh. waktu cam ni kalau tido mmg best huh , tp tu la nk tido dalam kelas tak boleh , teruk nnt kene ketok kat kepala ngan lec huh . erhh cuba gak la tahan dr tido . tahan punya tahan sampai satu tahap mata tutup sendiri . naah dpt gak la merasa tido , ada gak la 15 ke 20 minit gitu. kire okey la tu . nk tido puas puas mmg tak dapat la .

dah tu bangun bangun je terus on laptop . duduk la mengadap laptop tu tapi langsung tak tau nak buat ape. nape on laptop sedangkn keje ari neh tak perlu kot gunakan laptop . huh abis dah on alang alang geledah ja la . buat buat cam busy . geledah punya geledah terjumpa plak gambar ni . haa terus teringgat kat rifa . apa la rifa buat skng ye . mesti tak puasa . hahah .
tp tu la . gambar ni satu je la yang aku ada. gambar aku ngan rifa plus ade gak la org lain huh din ada , anip ada , kadak ada lopong ejam epong plus pulak ngn geng geng kadak .
so upload ja la gambar ni kt blog . jadi semua org boleh tgk sesama . harrharr

Monday, September 14, 2009

assignment individu













assignment assignment. setelah sekian lama mengangkang tak tahu nak buat apa. akhirnya dapat juga satu assignment yang perlu disiapkan. wow waktu tu rase cam seronok gak la. ada juga kerja nak buat. tak de la mengangkang sangat dalam bulan puasa ni . maklum la bulan puasa, kalau tak de kerja dah tu dok tunggu bila nak berbuka mmg terasa lambat gila. tp kalau ada kerja, sibuk pula tu mmg tak terasa la . tahu tahu dah nak berbuka. assignment kali ini kiteorg disuruh buat studio potrait,tema bebas terpulang pada individu, ikut kreativiti masing masing. huh waktu tu turus fikir dah nak buat ape, disebabkan kebelakang ni byk sgt dgr lagu marilyn manson "tp bukan big fan of marilyn manson ahr" kenapa tak cuba buat potrait mcm marilyn manson. huh terus cepat cepat carik joyce . dia pandai make up , plus dia cam okey ja tak mintak ape ape . haha dpt saving duit.
keadaan sangat kelang kabut masa tu . semua org berebut nak guna studio.siapa cepat dia dapat. tunggu punya tunggu dapat gak guna studio tapi malam.pergh lagi tambah kelang kabut bile dapat tahu boleh guna studio dari jam 9.00 pm smpai 12.00 am ja. waa siap smyng terawih jam 9.30 terus pi studio pastu joyce pn make up make up . jam 10.30 pm gak la siap. tak kesah la janji ada masa lagi. dah set dalam otak nk buat gitu gini . alih alih dapat guna satu lighting ja. pergh kecewa gile. terbuntu kejap idea. huh tp tak pe la nak buat cam mana terus kn jela buat kerja .













kiranya ini la hasilnya . sebenarnya byk bende dah set dalam otak . nak susun lighting cam ni la cam tu la. nak ambil angle cam ni la cam tu la . alih alih tak kesampaian. byk sgt halangan waktu tu . tp tak pe la . sekurang kurangnya dapat juga siapkan kerja . cuma ada juga rasa sedikit kecewa sbb apa yang dirancang tak semuanya menjadi . mmg kene byk berusaha lagi . hmm

pesta di asrama














selepas penat dengan rutin harian. pagi sampai ke petang clas clas clas . tambah pulak dengan assignment tak henti henti. mau pecah kepala dibuatnya. malam adalah masa yang sesuai untuk berseronok dengan kwn kwn. "nk berseronok kat luar, tak dapat kuar. memanjang je kene kurung kt dalam asrama.ini cara nak berseronok.at least dapat gak la ilang tension skit. pi la panggil kwn kwn jiran sebelah menyebelah dok suruh lepak kt bilik. "MARI KITA HAVE FUN" ha . main la cad . tp jgn smpai kantoi . boleh dikatakan kat sini dah cukup meriah dah. bising smpai pagi. pastu subuh susah nk bangun haha. padahal esok ada klas lagi tu.ah tak pedulik, nak seronok jgn ikot time, nk seronok kene ikut mood. haha itu la modal nye dr dulu. ada gak yang sibuk ngn main susun kayu. muka masing masing nak ketat ja. bile runtuh abis kecoh. tak ubah mcm ayam masuk reban. duh dengan cara mcm ni je la dapat seronokkan kiteorg kt dalam asrama . huh tp tak lah semeriah kt luar .

Penjara ilmu

hari hari kene duduk terperap kat dalam ni . tak ubah macam penjara. ini tak boleh itu tak boleh. tambahan lagi undang undang yang entah apa apa. tapi disebabkan nak mendapatkan ilmu kenelah paksa diri untuk tempoh.terpaksa juga korbankan cara hidup di dunia luar. boleh dikatakan lagi baik putus ja dengan dunia luar. fokus sahaja pada bende satu.blaja blaja belajar. mau boleh jadi gila .tp alhamdulillah syukur pada ilahi juga kerana mengurniakan ramai kawan di sini yg byk membantu dari segi fizikal dan mental. diorang sangat menyeronokkan. dapat juga berkongsi suka duka bersama. sudah menjadi seperti perumpamaan pula , bagai air dicincang tidak akan putus . haa tempoh je la rialiti hidup ni kat dlm IKBN